Khasiat

Beberapa penyelidik dari Universiti Georgia menemukan bahawa herbal tau rempah yang umumya kita gunakan ternyata mengandungi polifenol, sebuah senyawa antioksidan penghambat peradangan. Polifenol ini membantu perawatan dalam penyakit menahun seperti kencing manis. Menurut James L. hargrove PhD, penggunaan herbal seperti kayu manis dalam makanan selama ini belum begitu membantu meningkatkan kesihatan. Caranya ialah kita juga hendaklah menghindari bumbu yang tidak baik seperti garam dan merica.

Hargrove menemukan bahawa rempah cengkih paling banyak mengandungi polifenol di antara rempah yang telah diuji dan yang kedua ialah kayu manis.

Terdapat juga penyelidikan yang dibuat bersama Pusat Penyelidikan Gizi Manusia dari Beltsville, Amerika Syarikat, yang mana menyatakan penggunaan kayu manis membantu menurunkan kadar gula dalam darah. Pada tahun 2003, penyelidik Anderson melaporkan bahawa setengah senduk kayu manis sehari akan menurunkan gula dalam darah secara signifikan dan juga membantu menangani kolestrol pada penderita diabetis peringkat kedua.

Perubatan Tradisional 

Rempah ratus ini berasal daripada campuran 44 jenis herba seperti akar kayu, daun-daun terpilih dan biji-bijian. Rempah ini mujarab untuk mengembalikan semula tenaga dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan. Bahan-bahannya seperti akar telunjuk langit , akar Siti Fatimah , tongkat Ali , akar tutup bumi , bunga pakma dan akar seringan. Daun-dan akar kayu ini dicari dan digali jauh ke dalam hutan. Setelah itu dijemur sehingga kering dan sedia untuk dijadikan ubat-ubatan. Ada yang menggunakannya dengan merebus lalu diminum , dijadikan serbuk atau dimasukkan dalam kapsul.
Memakan rempah ratus dalam bentu serbuk adalah lebih berkesan dan ianya akan lebih berkesan dengan mencampurkan sedikit madu dan telur ayam kampung. Akar kayu juga bagus untuk memanaskan badan. Selain makanan yang bertindak dari dalam terdapat juga senaman bagi ibu-ibu sama ada selepas bersalin atau sebagai amalan harian.
Senaman ringkas ini ialah apabila bangun tidur pagi duduk dan luruskan kaki bongkok badan dan cecahkan hujung jari tangan dengan hujung jari kaki . Kemudian bengkokkan kaki kiri dan tarik ke sebelah kanan dan pusingkan tubuh dan ulangi semula kaki yang sebelah kanan.
Mengamalkan jamu dari muda dan memakan ulam-ulaman juga akan menjadikan kita awet muda. Antara ulam-ulam yang popular ialah pucuk gajus , daum selom , buah putat , lempoyang dan kunyit hidup. Tetapi kunyit hidup tidak boleh diamalkan selalu kerana ianya boleh menpercepatkan monopous.